On knowledge sharing and dissemination

... when circulating a working paper for comments, never put on "citations only permitted with the permission of author"

or "no parts of this paper can be used without permission of author". Rather, say "when using parts of this paper please give proper citation and help yourself". Be delighted if someone wants to quote you ... (p.7)

Source: Glaser, B. G. (2006) The roots of grounded theory. The Grounded Theory Review, 5(2/3), 1-10.

Tuesday 15 November 2016

Emak dan Adik

Bismillahirrahmanirrahim


Light and Easy

Sabtu lepas kami berkumpul bersama Emak. Makan tengahari, bentang tikar duduk ramai-ramai. 
Juadahnya simple je. 
Gulai ayam masak lemak cili padi NS style, sayur dan ulam tanaman Emak. 
Sambil berbual-bual.

Ipar A: Dulu kecik-kecik gulai ayam sebulan sekali je. Tunggu Abah dapat gaji.

Emak: Sini nak gulai ayam kena kejar ayam keliling kampung dulu.

Adik M: Ipar cerita dia menangis kena tipu Emaknya. Tanya Emak gulai apa. Emak kata gulai ayam. Bila nak makan tengok gulai Bayam.
Meraung dia.

Seterusnya Adik M buat cerita. Terpegun pula saya sebab tak pernah dengar cerita tu.
Saya share ye. Kalau pernah dengar, pura-pura lah tak tahu ye.

Adik M: Di sebuah ladang. Ayam mengadu sedih pada lembu. Dia tak pernah dapat jadi emak. Sebab semua telurnya manusia ambil. Lembu pula jawab kamu okay lagi tu. Saya lagi sedih. Tiap-tiap hari manusia ambil susu saya. Tetapi tak seorang pun panggil saya emak.

Saya: Okay next time you jumpa lembu jangan lupa panggil mak.

Aduhai.
Suka sangat melihat Emak ketawa besar. Alhamdulillah.

Thank you. For small moments that make life big.


 Gulai Ayam Masak Lemak N. Sembilan
(Image dari Google: Here)

Tuesday 20 September 2016

Abah


Bismillahirrahmaanirraheem

Abah kami belajar setakat darjah 4.
Tetapi harapannya untuk anak-anak sangat tinggi. Kami tinggal di Kampong Ulu. Walau pun anak-anak kampung semua belajar di sekolah yang terletak di kampung sebelah, pergi sekolah berjalan kaki ramai-ramai, Abah pula hantar anak lelaki sulungnya ke sekolah orang putih di pekan Kuala Pilah, Tuanku Munawir Primary School. Yang lain termasuk saya tidak; cuma itu yang Abah mampu.

That was the past. Now back to the present.

16 September 2016, 14 Zulhijjah 1437 Hijriah, Jum'ah Sayyidul Ayyam, 10:10 am, Abah yang sangat kami kasihi kembali ke RahmatuLLah. Allahummaghfirlahu warhamhu wa' fu 'anhu. Allahumma Ya Allah, ampunkanlah, kasihani dan maafkanlah Abah kami dan mohon tempatkanlah ruh Abah kami di syurga Mu yang tertinggi Jannatul Firdaus.
Ameen Ya Allah thumma ameen.

Al Fatihah



 Rabbighfir warham wa'fu 'anni; La haw la wala quwwata illa billahil 'aliyil azhim.
Terimalah doa kami Ya Allah buat Abah kami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...