Assalamualaikum wbt ...
adik saya yang dikasihi adalah sangat bertuah ... arwah Bang Cik ... yang tak pernah luput dari doa dan ingatan emak ... kembali ke rahmatuLLah pada tarikh ini beberapa tahun yang lepas ... Allahumma ampunkanlah dan tempatkanlah adik kami bersama sama mereka yang Engkau rahmati, kasihani dan redhai ... ameen.
Al Fatihah ...
~
last night adik lelaki kedua telepon ... berita dari kampong ... saudara sekampong baru sahaja kembali ke rahmatuLlah ... insyaAllah kebumi malam ni ... innaLillahi wainna ilaihi rajiun saya ucap sebaik mendengar berita ... tak lama lepas tu adik telefon lagi ... tak jadi kebumi malam ni ... pagi esok katanya ...
saudara sekampong ni Rosli namanya sebaya saya dalam darjah yang sama sepanjang sekolah rendah di kampong ... satu hari di darjah 3 dia ponteng sekolah ... tak ingat pula dia ponteng hari tu je ke atau dah banyak hari ... cikgu darjah namanya cikgu maimon, panggil saya dan kawan saya zaimon ... pi tolong pergi rumah rosli panggil dia datang sekolah ... jauh tak jauh berpeluh peluh jugalah jalan kaki ... kaki kami masa tu kaki murid darjah 3 ... sampai rumah Rosli jumpa emaknya di tangga rumah kampung tiang seribu (taklah seribu tiang but kampong style house off the ground tu) ... kami pun sampaikanlah pesan cikgu suruh rosli datang sekolah ... emaknya pun masuk panggil Rosli ... kejap lepas tu emaknya datang semula dan cakap ... ili dah lari belakang dia terjun pelantar dan lari ke baruh ke sawah ... nahh bayangkan tu ... 9 year old boy terjun dan lari macam lipas kudung dek tak ndaknya pergi sekolah ... now we think only about keciciran dan kepontengan (istilah baru sayalah) among the indigenous children ...
kecik kecik masa tu tak pandailah nak gelak ... serious je lah kami ... bila dah dewasa jumpa sekali sekala bila balik kampong hari raya kenduri kendara ... cerita semula dengan ili ni ... kami gelak besarlah ... then he would say ... but despite that i'm the only person in kampong balik naik helikopter landed kat the same sawah kat baruh belakang rumahnya tu .. dia cakap dalam BM loghat kamilah ... saya je yang translate ke BI ni ... a bit slow nak trancribe loghat negeri sembilan ... hehehe
yes ... despite ponteng sekolah ... he turned out alright ... went on to become a commando in the army ... he has the look and build of a true commando ...
tetiba pagi ni ... adik lelaki saya telefon lagi ... baru dapat berita dari kampong ... Ili masih ada lagi lagi katanya ... sekarang dia kat hospital ... AllahuAkbar
i don't know the details of his condition ... adik pun mendapat khabar atas khabar ... cuma syukur Allah SWT masih memberi ruang buatnya meniti kehidupan ... alhamduLillah
~
this moment for loan
much ado about nothing
truth in lost and found
No comments:
Post a Comment
Thank you for sharing your thoughts ...