sedang solat isya' ...
tiba-tiba ... BOOOOOOOM ... BOOOOOOOM ...BOOOOOOOM ...
wahai ... terperanjat ... sangat-sangat ...
anak-anak jiran hadapan agaknya ...
bermain mercun dan bunga api yang macam roket tu ...
dentuman atas bumbung rumah kami ...
~
ahhhh nak marah ... but dalam hati ... astaghfiruLLAH
ni baru mercun dan bunga api ...
bukan bedilan idf dan knesset ...
seperti ini ...
mungkin nak diberi sedikit rasa ... yang menjadi rutin kehidupan yang lebih dahsyat di ...
Gaza ... dan Al-Aqsa
~
masih terdengar apa yang disampaikan oleh saudara yang memandu tunjuk ziarah kami ke Baitul Maqdis Disember lepas ... dengan jelas beliau mengingatkan kami Ayat berikut ...
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)
~
begitu pedomannya ... maka mana mungkin mereka gentar ...
~
Eid Mubarak
تقبل الله منا ومنكم
No comments:
Post a Comment
Thank you for sharing your thoughts ...